CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 19 April 2009

Memang menitik air liur

Memang menyelerakan bagi anak muda yang tengah dok study... Keep it up. Namun pelajaran jangan diabaikan. Kebersihan adalah kewajipan.

Hotdog buatan Angah and gang.. Tahniah.


Benihku menjadi......


Tanggal 19.4.2009 jam 6.00 ptg lebih, aku tersintak bila menghubungi anak lelakiku di universitinya. Sibuk membuat persiapan untuk perniagaan perkongsiannya yang akan bermula jam 9.00 malam. Sedih, syahdu, gembira, pilu dan berbagai macam perasaan kurasakan bila mengenangkan kesempitanku masa lalu dalam menghadapi kesulitan namun kerana minat dalam perniagaan ku gagahi jua walaupun seribu satu rintangan yang terpaksa kutempuhi. Kini, anakku pula melaluinya dan aku terharu... anakku ke universiti untuk menuntut ilmu bukan untuk berniaga namun terpaksa harungi juga kerana kesempitan....Alhamdulillah syukur kepada Allah yang mengurniakan anak-anak yang boleh berfikir, namun bukan itu yang aku pinta, kutetap berusaha untuk membantunya. tetapi yang amat membanggakan ialah darah dan semangat 'survival' yang ada dalam tubuhnya membuatkan aku yakin yang anak ku ini akan menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya suatu masa nanti. Insyaallah. Buat angah yang papa kasihi, akan papa bantu angah sedaya mungkin untuk menjadi manusia yang berdaya maju dan sentiasa berfikir ke depan, tak mudah kecewa dan give up, alah bisa tegal biasa. Angah kena jadi 'the best of the best.' Untuk ahli-ahli kongsi angah uncle ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda sekelian. Anda bukan sahaja menunaikan kewajipan dan sunnah Rasullullah SAW dalam menuntut ilmu malah berniaga yang dalamnya terdapat 9/10 daripada rezeki kita di bumi Allah ini.

Tuesday 14 April 2009

Pesanan untuk mendapatkan ppt. presentation slide.

Kami berpengalaman dalam menganjur dan menjalankan seminar-seminar dan kursus-kursus keusahawanan dan motivasi ke seluruh negara melalui IPTA/IPTS/ MECD, INSKEN, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, KEMAS, TEKUN, JPN, KBS, KADA, KESEDAR, dalam bidang-bidang seperti di bawah.Kami menawarkan modul-modul 'powerpoint presentation' untuk program-program keusahawanan untuk usahawan-usahawan, belia-belia, kursus-kursus pengurusan dan pentadbiran untuk IPTA & IPTS, motivasi pelajar-pelajar sekolah Menengah, sekolah kebangsaan dan lain-lain. Kami mempunyai lebih dari 10 orang pensyarah, ahli perniagaan yang berwibawa dan mempunyai kelayakan akademik dalam pelbagai bidang serta berpengalaman dalam bidang masing-masing lebih dari 15 tahun setiap seorang. Kepada mereka yang berminat sila kemukakan topik atau modul anda dan kami menghantarkan modul-modul yang dikehendaki kepada melalui e-mail. Bayaran yang dikenakan amatlah rendah iaitu RM 10.00 satu modul. Untuk keterangan lanjut sila e-mail kepada: awms.newcastle@gmail.com atau tel. 019-9880171.
Semua modul tidak sempat kami paparkan di sini dan setiap minggu kami akan update kan 'presentaion' baru bagi memenuhi keperluan semasa.

Sebab-sebab kegagalan Usahawan

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN
1) Risiko
Usahawan adakalanya takut atau tidak sanggup menghadapi risiko (berkaitan keyakinan).
Keuntungan adalah berasaskan jumlah risiko yang sanggup diambil. Keengganan menangggung risiko akan mempengaruhi jumlah untung.

2) Ego
Bersikap sombong, malu dan tidak mahu belajar daripada orang lain seperti pesaing, rakan sejawat, pelanggan, pembekal dan orang-orang yang mahir.

3) Tekanan
Faktor seperti kekurangan sumber kewangan, cabaran dan risiko yang tinggi akan menimbulkan tekanan kepada usahawan.
Tidak ramai usahawan yang sanggup berhadapan dengan situasi ini.

4) Gagal membuat keputusan dengan cepat
Usahawan yg cuba mengelak diri daripada membuat keputusan / melengah-lengahkan keputusan sukar untuk berjaya.
Melengah-lengahkan keputusan atau memberi tugas membuat keputusan kepada orang bawahan akan merugikan masa, melepaskan peluang keemasan dan melibatkan belanja tambahan.

5)Lebih mementingkan keseronokan jangka pendek daripada pencapaian matlamat perniagaan.
Kurang berjaya kerana suka membelanjakan semua keuntungan perniagaan untuk keseronokan daripada melaburkan semula keuntungan ke dalam perniagaan.

6)Kurang keyakinan diri
Tidak ada keyakinan menyebabkan usahawan jenis ini tidak bercita-cita tinggi dan cepat berputus asa dalam apa jua usahanya.

7)Pengurusan yang lemah

8)Perancangan perniagaan yang kurang mantap

9)Matlamat tidak

10)Strategi jualan tidak efektif

11)Tidak cukup modal

12)Terlalu bergantung kepada pelanggan tertentu sahaja

)Kurang kerja berpasukan

14)mendapatkan nasihat perniagaan

PROSES MEREALISASIKAN IDEA USAHAWAN

Proses merealisasikan idea
IDEA/SKRIN
BINA KONSEP
PEMBANGUNAN
PRODUK
UJI PASARAN
RANCANGAN
PERNIAGAAN
BINA FIZIKAL
KOMERSIAL

i. Tahap idea/skrin
Pada peringkat ini idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenal pasti dan idea-idea yang kurang praktikal dibuang. Ini membolehkan organisasi menggunakan sumber dengan maksima.
Senarai semak penilaian pasaran sistematik digunakan dimana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit, dan faedah-faedah.
Pelanggan diberi satu senarai nilai produk-produk baru yang perlu dipilih sama ada boleh dimajukan atau tidak dan syarikat dapat menguji banyak alternatif idea produk baru.
Idea yang boleh dimajukan boleh terus dibangunkan dengan menggunakan sumber organisasi dengan optimum.

ii. Tahap bina konsep
Selepas idea produk baru dikenalpasti di peringkat tahap idea sebagai mempunyai potensi yang baik, idea hendaklah dibangunkan dan disaring menerusi interaksi dengan pelanggan.
Di peringkat ini idea yang telah disaring diuji bagi menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos pengilangan produk secara fizikal.
Reaksi awal terhadap konsep ini diperolehi daripada bakal pelanggan atau ahli-ahli saluran pengedaran apabila difikirkan sesuai.

Tahap konsep ...
Kaedah bagi mengukur penerimaan pengguna adalah menerusi temuduga dengan responden terpilih di mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.
Ciri-ciri produk yang disukai dan tidak disukai dapat didedahkan dengan menganalisis maklumbalas daripada responden di mana ciri-ciri yang digemari akan dimasukkan dalam idea produk baru.

iii. Tahap pembangunan produk
Pada peringkat ini reaksi pengguna terhadap produk fizikal ditentukan. Satu kaedah yang digunakan ialah menggunakan panel pelanggan di mana sekumpulan bakal pengguna diberikan sampel produk untuk dicuba.
Pengguna yang dipilih akan menyimpan rekod penggunaan produk tersebut dan membuat komen tentang kelebihan dan kekurangan produk.
Panel bakal pelanggan juga diberikan sampel produk pesaing serentak dengan sampel produk yang hendak dinilai.

iv. Tahap ujian pasaran
Maklumat pada peringkat pembangunan produk menyediakan asas kepada rancangan pemasaran. Namun ujian pasaran boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi keyakinan terhadap kejayaan pada peringkat pengkomersialan.
Langkah terakhir dalam proses penilaian di peringkat ujian pemasaran akan memberikan hasil sebenar jualan di mana ia akan menunjukkan tahap penerimaan pengguna.
Hasil keputusan ujian yang positif menunjukkan darjah kebarangkalian kejayaan produk yang dilancarkan dan pembentukan syarikat.

v. Rancangan Perniagaan
Sekiranya usahawan mendapati bahawa produk yang di bangunkan itu mendapat sambutan pasaran maka usahawan perlu membuat rancangan perniagaan.
Tujuan membuat RP adalah untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk, syarikat, mendapatkan pembiayaan dan sebagainya.

vi. Bina Fizikal
Setelah menyediakan RP, usahawan bolehlah membangunkan produk sama ada secara berperingkat atau tahap tertertentu.
Pembangunan produk boleh dilakukan sama ada dengan membina kilang sendiri atau menumpang syarikat lain terlebih dahulu.

vii. Tahap Komersialan
Merupakan peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk yang melibatkan kitaran hayat produk.
Syarikat perlu memastikan bagaimana untuk mengkomersialkan produk baru ini supaya tahap penurunan dalam kitaran hayat produk boleh dielakkan atau dikurangkan.

Sumber-sumber Pembaharuan Bagi Usahawan
Pelanggan
Paten
Penyelidikan dan Pembangunan
Dasar kerajaan
Syarikat sedia ada
Profesional dan juru runding
Produk sedia ada
Saluran pengedaran
Syarikat pesaing

Pelanggan
Pihak yang akan membeli keluaran yang dihasilkan oleh usahawan.
Pelanggan mempunyai cita rasa dan pendapat yang berlainan terhadap sesuatu keluaran
Usahawan boleh membuat tinjauan dan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas tentang keluaran sedia ada atau jenis keluaran yang diperlukan oleh pelanggan dalam pasaran


Produk Sedia Ada
Produk sedia ada merupakan keluaran yang sedia ada dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea untuk menghasilkan sesuatu produk baru.
Misalnya, produk baru dapat dihasilkan dengan melakukan inovasi dan pengubahsuaian terhadap keluaran sedia ada.
Contoh : Telefon Bimbit yang mempunyai kamera, MP3, MP4, intenet, MMS dan lain-lain.

Syarikat Sedia Ada
Sebelum menubuhkan sesuatu perniagaan baru atau anak syarikat, usahawan mungkin ingin menilai kekuatan syarikat sedia ada yang dimilikinya. Kekuatan syarikat dari aspek sumber dalaman sesebuah perniagaan dapat mewujudkan idea perniagaan bagi seseorang usahawan.
Sesuatu idea baru boleh dikaji dari pandangan pekerja syarikat sendiri bagi menubuhkan perniagaan seterusnya. Pekerja syarikat yang berpengalaman misalnya boleh memberi pandangan yang berguna berasaskan pengalaman dan kemahiran masing-masing.

Syarikat Pesaing
Bermaksud syarikat yang mengeluarkan barang yang sama atau hampir sama dengan barang yang dikeluarkan usahawan.
Usahawan perlu meneliti apa yang dilakukan oleh pesaing. Sekiranya pesaing membuat sesuatu yang lebih baik maka usahawan perlu jadikan perubahan itu sebagai satu idea untuk membuat perubahan terhadap produknya.
Contoh : Syarikat Penerbangan MAS dan Air Asia. ( Penerbangan tambang murah )

Saluran Pengedaran
Perhubungan antara pelanggan dengan usahawan bergantung pada saluran pengedaran yang digunakan. Saluran pengedaran terdiri daripada pemborong, ejen, peruncit dan pihak-pihak lain yang rapat dengan pengguna.
Maklum balas pengguna yang diperoleh orang tengah atau pengedar mengenai setiap keluaran dalam pasaran dapat menjadi sumber idea yang penting. Usahawan akan membandingkan keluarannya dengan keluaran lain dalam pasaran dan seterusnya membuat pengubahsuaian yang perlu.

Paten
Merupakan hak cipta yang dilindungi undang-undang negara dan antarabangsa. Pemberian hak cipta dapat melindungi keluaran usahawan daripada ditiru atau dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Paten mempunyai nilai komersial dan boleh dijual kepada pengusaha lain.

Penyelidikan dan Pembangunan
Merujuk kepada usaha mencari dan menghasilkan idea baru atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan secara saintifik.
Dijalankan oleh tenaga pakar dalam sesuatu bidang perniagaan.
Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membuat kajian dan penemuan baru.
Misalnya satu keluaran baru yang dapat menyembuhkan penyakit tertentu telah dihasilkan selepas kajian dijalankan dan pengubahsuaian dibuat terhadap keluaran sedia ada.

Profesional dan Jururunding
Merupakan golongan pakar dalam sesuatu bidang. Mereka akan memberi nasihat dan pendapat serta mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian yang boleh digunakan oleh usahawan dalam situasi tertentu.
Contohnya, seorang arkitek dapat memberi pandangan dari segi reka bentuk bangunan yang menarik dalam usaha membina sebuah bangunan.

Dasar Kerajaan
Perkembangan ekonomi dalam sesuatu sektor atau bidang perniagaan dikawal oleh kerajaan melalui undang-undang dan dasar kerajaan yang dikuatkuasakan.
Peranan kerajaan seterusnya dapat menentukan hala tuju sesuatu sektor atau bidang perniagaan dalam negara.
Sesuatu tindakan kerajaan dapat menggalakkan pewujudan sesuatu idea perniagaan.

Contohnya MSC yang merupakan dasar kerajaan dalam menggalakkan perkembangan teknologi maklumat telah berjaya mewujudkan banyak idea perniagaan berasaskan bidang teknologi maklumat.
Penekanan kepada industri pertanian dan asas tani (bioteknologi )

Jenis-jenis Pembaharuan
Pasaran baru
Menyediakan pelanggan dengan produk yang belum ada di dalam pasaran mereka tetapi wujud di pasaran lain. Contoh lampin pakai buang diperluas kepada golongan dewasa.


Teknologi baru
Peniaga biasanya melibatkan proses baru yang teknikal. Menggunakan teknologi komputer untuk membolehkan pelanggan membuat pesanan dari rumah bagi membeli barangan terpilih. Contoh: penggunaan internet.


Kaedah baru
Menggantikan cara lama dengan kaedah yang lebih baik atau produk yang ditambah nilai. Contoh: Syampu untuk melurus, menghitam dan lain-lain.

Sokongan Kewangan Bagi Pembaharuan
Skim Jaminan Kredit
Pinjaman Dan Kemudahan Kredit MARA
Pinjaman Dan Kemudahan Kredit dari TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar
Pinjaman Dan Kemudahan Kredit Dari Bank-bank Perdagangan
Pinjaman daripada Bank-bank Saudagar Dan Syarikat-syarikat kewangan
Modal Usaha Niaga
Tabung Usahawan Baru (TUB)
Tabung Pemulihan Usahawan (TPU)
Dan Pelbagai tabung dalam bentuk kredit atau grant.

Prinsip Pembaharuan
Kesesuaian dengan masa
Persaingan dan tahan lama
Idea bebas dan tidak dihalang
Mampu dilakukan
Margin pelaburan berpatutan

PERANCANGAN PERNIAGAAN
Penilaian Persekitaran
Penyelidikan Pemasaran
Persediaan Kewangan
Perancangan Perniagaan


Penilaian Persekitaran
Penilaian persekitaran yang dimaksudkan disini ialah penilaian yang dilakukan ke atas semua elemen yang wujud di luar sesebuah perniagaan dan berinteraksi dengan perniagaan tersebut. Bagi tujuan merancang sesebuah perniagaan dengan baik keadaan persekitaran perlu difikirkan dengan teliti
Persekitaran perniagaan dibahagikan kepada dua komponen yang meliputi persekitaran tugas dan persekitaran umum

Penyelidikan Pemasaran
Penyelidikan pemasaran merupakan satu proses pengumpulan, pengrekodan, penganalisaan dan pelaporan data secara sistematik mengenai sesuatu isu syarikat berkaitan dengan aktiviti pemasaran barangan, perkhidmatan, tempat, insan dan idea. Ia meliputi isu-isu berkenaan pengeluaran produk, penawaran harga, pengedaran, gelagat pembelian pengguna dan aktiviti promosi yang dilakukan terhadap barangan dan perkhidmatan

Persediaan Kewangan
bermaksud terjemahan idea dalam bentuk wang
merupakan satu perancangan lengkap sehingga dianggap atau diandaikan berjaya
proforma Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan Rancangan Aliran Tunai disediakan

Membina Rancangan Perniagaan Yang Berkesan
Dokumen bertulis yang dirangka oleh usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan pada masa akan datang. Memperincikan tujuan sesuatu usaha penerokaan perniagaan dan juga menerangkan operasi dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.
Juga dikenali sebagai kertas kerja atau cadangan pinjaman.

Sifat-sifat Peribadi Usahawan Berjaya

a. Komitmen dan keazaman
b. Berinisiatif
c. Berkeinginan terhadap tanggungjawab
d. Sentiasa melihat dan merebut peluang
e. Bertolak ansur terhadap risiko, kekaburan dan ketidakpastian
f. Berkeyakinan diri
g. Berfikiran kreatif dan anjal
h. Keinginan kepada maklumbalas segera
i. Tahap tenaga yang tinggi
j. Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang
k. Berorentasikan masa depan
l. Kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan
m. Berkeupayaan memimpin
n. Berwawasan

Monday 13 April 2009

Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Sosiologi

Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh mempengaruhi kemunculan seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model peranan, galakan masyarakat, pengalaman dan latar belakang pendidikan.
Everett Hagen menyatakan usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati ini seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Faktor dorongan ialah :

a. Pengalihan negatif – contoh status pendatang, diberhentikan kerja, bosan, marah, bercerai, kematian pasangan, tiada pilihan kerjaya lain
b. Tempoh peralihan – menunggu keputusan peperiksaan, penjara, pusat latihan kemahiran
c. Tarikan positif – pengaruh daripada rakan kongsi, mentor, pelabur, pelanggan, keluarga
d. Tolakan positif – laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan keusahawanan seperti bapa, kerjaya, pendidikan, pengalaman dan kemahiran/latihan.

Teori Keusahawanan Mengikut pendekatan Psikologi

Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus kawalan dan kecenderongan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan.

Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.

Menurut McClelland(1971), teori keperluan kepada pencapaian atau ‘need for achievement’ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi dari bapa.

Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Ekonomi

Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan. Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya.
Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.
Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.

Ahli Ekonomi Yang Memberi Sumbangan Dalam Kajian Keusahawanan
Joseph A. Schumpeter (1990)
– Usahawan ialah merupakan pencetus inovasi dan membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi. Usahawan juga adalah seseorang yang berani mengambil risiko.
Alfred Marshall (1946) – mendifinisikan keusahawanan sebagai satu bidang yang perlu melalui proses evolusi. Evolusi perniagaan melibatkan penuguhan sesebuah perniagaan sehingga kepada pembubaran perniagaan tersebut.
Cantillon – Usahawan merupakan pelaku ekonomi yang penting.

Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Islam

Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang meliputi hidup di dunia dan di akhirat.

Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:

Aqidah mestilah betul
Niat mestilah betul
Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam
Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai
Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus

Model Keusahawanan Islam

ISLAM MENGANJURKAN USAHA PERNIAGAAN
ALLAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN
ISLAM MENGGARISKAN PERATURAN
ALLAH MENJANJIKAN GANJARAN

Peranan Usahawan

Keusahawanan merupakan salah satu strategi dalam membangunkan sesebuah negara. Ia berperanan menyediakan peluang-peluang pekerjaan, merangsang pencetusan inovasi dan sebagai faktor pemantap kestabilan ekonomi dan sosial sesebuah negara

Kenapa Usahawan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dunia perniagaan adalah dunia yang dipenuhi dengan rezeki yang melimpah ruah. Seperti apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w " Sembilan persepuluh rezeki itu terletak di dalam perniagaan". Namun hari ini umat Islam amnya dan umat Melayu khususnya tidak begitu berminat dengan perniagaan dengan alasan risiko serta modal yang tinggi. Dengan dua alasan ini menjadikan umat Islam lemah dari sudut ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh orang-orang yang bukan Islam.