Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh mempengaruhi kemunculan seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model peranan, galakan masyarakat, pengalaman dan latar belakang pendidikan.
Everett Hagen menyatakan usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati ini seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
Faktor dorongan ialah :
a. Pengalihan negatif – contoh status pendatang, diberhentikan kerja, bosan, marah, bercerai, kematian pasangan, tiada pilihan kerjaya lain
b. Tempoh peralihan – menunggu keputusan peperiksaan, penjara, pusat latihan kemahiran
c. Tarikan positif – pengaruh daripada rakan kongsi, mentor, pelabur, pelanggan, keluarga
d. Tolakan positif – laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan keusahawanan seperti bapa, kerjaya, pendidikan, pengalaman dan kemahiran/latihan.
Monday, 13 April 2009
Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Sosiologi
Posted by Abehab at 23:58 0 comments
Teori Keusahawanan Mengikut pendekatan Psikologi
Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus kawalan dan kecenderongan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan.
Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.
Menurut McClelland(1971), teori keperluan kepada pencapaian atau ‘need for achievement’ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi dari bapa.
Posted by Abehab at 23:55 0 comments
Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Ekonomi
Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan. Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya.
Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.
Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.
Ahli Ekonomi Yang Memberi Sumbangan Dalam Kajian Keusahawanan
Joseph A. Schumpeter (1990) – Usahawan ialah merupakan pencetus inovasi dan membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi. Usahawan juga adalah seseorang yang berani mengambil risiko.
Alfred Marshall (1946) – mendifinisikan keusahawanan sebagai satu bidang yang perlu melalui proses evolusi. Evolusi perniagaan melibatkan penuguhan sesebuah perniagaan sehingga kepada pembubaran perniagaan tersebut.
Cantillon – Usahawan merupakan pelaku ekonomi yang penting.
Posted by Abehab at 23:38 0 comments
Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Islam
Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang meliputi hidup di dunia dan di akhirat.
Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:
Aqidah mestilah betul
Niat mestilah betul
Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam
Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai
Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus
Model Keusahawanan Islam
ISLAM MENGANJURKAN USAHA PERNIAGAAN
ALLAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN
ISLAM MENGGARISKAN PERATURAN
ALLAH MENJANJIKAN GANJARAN
Posted by Abehab at 23:25 0 comments
Peranan Usahawan
Keusahawanan merupakan salah satu strategi dalam membangunkan sesebuah negara. Ia berperanan menyediakan peluang-peluang pekerjaan, merangsang pencetusan inovasi dan sebagai faktor pemantap kestabilan ekonomi dan sosial sesebuah negara
Posted by Abehab at 22:20 0 comments
Kenapa Usahawan?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dunia perniagaan adalah dunia yang dipenuhi dengan rezeki yang melimpah ruah. Seperti apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w " Sembilan persepuluh rezeki itu terletak di dalam perniagaan". Namun hari ini umat Islam amnya dan umat Melayu khususnya tidak begitu berminat dengan perniagaan dengan alasan risiko serta modal yang tinggi. Dengan dua alasan ini menjadikan umat Islam lemah dari sudut ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh orang-orang yang bukan Islam.
Posted by Abehab at 21:09 0 comments
