CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 14 April 2009

PROSES MEREALISASIKAN IDEA USAHAWAN

Proses merealisasikan idea
IDEA/SKRIN
BINA KONSEP
PEMBANGUNAN
PRODUK
UJI PASARAN
RANCANGAN
PERNIAGAAN
BINA FIZIKAL
KOMERSIAL

i. Tahap idea/skrin
Pada peringkat ini idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenal pasti dan idea-idea yang kurang praktikal dibuang. Ini membolehkan organisasi menggunakan sumber dengan maksima.
Senarai semak penilaian pasaran sistematik digunakan dimana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit, dan faedah-faedah.
Pelanggan diberi satu senarai nilai produk-produk baru yang perlu dipilih sama ada boleh dimajukan atau tidak dan syarikat dapat menguji banyak alternatif idea produk baru.
Idea yang boleh dimajukan boleh terus dibangunkan dengan menggunakan sumber organisasi dengan optimum.

ii. Tahap bina konsep
Selepas idea produk baru dikenalpasti di peringkat tahap idea sebagai mempunyai potensi yang baik, idea hendaklah dibangunkan dan disaring menerusi interaksi dengan pelanggan.
Di peringkat ini idea yang telah disaring diuji bagi menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos pengilangan produk secara fizikal.
Reaksi awal terhadap konsep ini diperolehi daripada bakal pelanggan atau ahli-ahli saluran pengedaran apabila difikirkan sesuai.

Tahap konsep ...
Kaedah bagi mengukur penerimaan pengguna adalah menerusi temuduga dengan responden terpilih di mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.
Ciri-ciri produk yang disukai dan tidak disukai dapat didedahkan dengan menganalisis maklumbalas daripada responden di mana ciri-ciri yang digemari akan dimasukkan dalam idea produk baru.

iii. Tahap pembangunan produk
Pada peringkat ini reaksi pengguna terhadap produk fizikal ditentukan. Satu kaedah yang digunakan ialah menggunakan panel pelanggan di mana sekumpulan bakal pengguna diberikan sampel produk untuk dicuba.
Pengguna yang dipilih akan menyimpan rekod penggunaan produk tersebut dan membuat komen tentang kelebihan dan kekurangan produk.
Panel bakal pelanggan juga diberikan sampel produk pesaing serentak dengan sampel produk yang hendak dinilai.

iv. Tahap ujian pasaran
Maklumat pada peringkat pembangunan produk menyediakan asas kepada rancangan pemasaran. Namun ujian pasaran boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi keyakinan terhadap kejayaan pada peringkat pengkomersialan.
Langkah terakhir dalam proses penilaian di peringkat ujian pemasaran akan memberikan hasil sebenar jualan di mana ia akan menunjukkan tahap penerimaan pengguna.
Hasil keputusan ujian yang positif menunjukkan darjah kebarangkalian kejayaan produk yang dilancarkan dan pembentukan syarikat.

v. Rancangan Perniagaan
Sekiranya usahawan mendapati bahawa produk yang di bangunkan itu mendapat sambutan pasaran maka usahawan perlu membuat rancangan perniagaan.
Tujuan membuat RP adalah untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk, syarikat, mendapatkan pembiayaan dan sebagainya.

vi. Bina Fizikal
Setelah menyediakan RP, usahawan bolehlah membangunkan produk sama ada secara berperingkat atau tahap tertertentu.
Pembangunan produk boleh dilakukan sama ada dengan membina kilang sendiri atau menumpang syarikat lain terlebih dahulu.

vii. Tahap Komersialan
Merupakan peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk yang melibatkan kitaran hayat produk.
Syarikat perlu memastikan bagaimana untuk mengkomersialkan produk baru ini supaya tahap penurunan dalam kitaran hayat produk boleh dielakkan atau dikurangkan.

Sumber-sumber Pembaharuan Bagi Usahawan
Pelanggan
Paten
Penyelidikan dan Pembangunan
Dasar kerajaan
Syarikat sedia ada
Profesional dan juru runding
Produk sedia ada
Saluran pengedaran
Syarikat pesaing

Pelanggan
Pihak yang akan membeli keluaran yang dihasilkan oleh usahawan.
Pelanggan mempunyai cita rasa dan pendapat yang berlainan terhadap sesuatu keluaran
Usahawan boleh membuat tinjauan dan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas tentang keluaran sedia ada atau jenis keluaran yang diperlukan oleh pelanggan dalam pasaran


Produk Sedia Ada
Produk sedia ada merupakan keluaran yang sedia ada dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea untuk menghasilkan sesuatu produk baru.
Misalnya, produk baru dapat dihasilkan dengan melakukan inovasi dan pengubahsuaian terhadap keluaran sedia ada.
Contoh : Telefon Bimbit yang mempunyai kamera, MP3, MP4, intenet, MMS dan lain-lain.

Syarikat Sedia Ada
Sebelum menubuhkan sesuatu perniagaan baru atau anak syarikat, usahawan mungkin ingin menilai kekuatan syarikat sedia ada yang dimilikinya. Kekuatan syarikat dari aspek sumber dalaman sesebuah perniagaan dapat mewujudkan idea perniagaan bagi seseorang usahawan.
Sesuatu idea baru boleh dikaji dari pandangan pekerja syarikat sendiri bagi menubuhkan perniagaan seterusnya. Pekerja syarikat yang berpengalaman misalnya boleh memberi pandangan yang berguna berasaskan pengalaman dan kemahiran masing-masing.

Syarikat Pesaing
Bermaksud syarikat yang mengeluarkan barang yang sama atau hampir sama dengan barang yang dikeluarkan usahawan.
Usahawan perlu meneliti apa yang dilakukan oleh pesaing. Sekiranya pesaing membuat sesuatu yang lebih baik maka usahawan perlu jadikan perubahan itu sebagai satu idea untuk membuat perubahan terhadap produknya.
Contoh : Syarikat Penerbangan MAS dan Air Asia. ( Penerbangan tambang murah )

Saluran Pengedaran
Perhubungan antara pelanggan dengan usahawan bergantung pada saluran pengedaran yang digunakan. Saluran pengedaran terdiri daripada pemborong, ejen, peruncit dan pihak-pihak lain yang rapat dengan pengguna.
Maklum balas pengguna yang diperoleh orang tengah atau pengedar mengenai setiap keluaran dalam pasaran dapat menjadi sumber idea yang penting. Usahawan akan membandingkan keluarannya dengan keluaran lain dalam pasaran dan seterusnya membuat pengubahsuaian yang perlu.

Paten
Merupakan hak cipta yang dilindungi undang-undang negara dan antarabangsa. Pemberian hak cipta dapat melindungi keluaran usahawan daripada ditiru atau dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Paten mempunyai nilai komersial dan boleh dijual kepada pengusaha lain.

Penyelidikan dan Pembangunan
Merujuk kepada usaha mencari dan menghasilkan idea baru atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan secara saintifik.
Dijalankan oleh tenaga pakar dalam sesuatu bidang perniagaan.
Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membuat kajian dan penemuan baru.
Misalnya satu keluaran baru yang dapat menyembuhkan penyakit tertentu telah dihasilkan selepas kajian dijalankan dan pengubahsuaian dibuat terhadap keluaran sedia ada.

Profesional dan Jururunding
Merupakan golongan pakar dalam sesuatu bidang. Mereka akan memberi nasihat dan pendapat serta mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian yang boleh digunakan oleh usahawan dalam situasi tertentu.
Contohnya, seorang arkitek dapat memberi pandangan dari segi reka bentuk bangunan yang menarik dalam usaha membina sebuah bangunan.

Dasar Kerajaan
Perkembangan ekonomi dalam sesuatu sektor atau bidang perniagaan dikawal oleh kerajaan melalui undang-undang dan dasar kerajaan yang dikuatkuasakan.
Peranan kerajaan seterusnya dapat menentukan hala tuju sesuatu sektor atau bidang perniagaan dalam negara.
Sesuatu tindakan kerajaan dapat menggalakkan pewujudan sesuatu idea perniagaan.

Contohnya MSC yang merupakan dasar kerajaan dalam menggalakkan perkembangan teknologi maklumat telah berjaya mewujudkan banyak idea perniagaan berasaskan bidang teknologi maklumat.
Penekanan kepada industri pertanian dan asas tani (bioteknologi )

Jenis-jenis Pembaharuan
Pasaran baru
Menyediakan pelanggan dengan produk yang belum ada di dalam pasaran mereka tetapi wujud di pasaran lain. Contoh lampin pakai buang diperluas kepada golongan dewasa.


Teknologi baru
Peniaga biasanya melibatkan proses baru yang teknikal. Menggunakan teknologi komputer untuk membolehkan pelanggan membuat pesanan dari rumah bagi membeli barangan terpilih. Contoh: penggunaan internet.


Kaedah baru
Menggantikan cara lama dengan kaedah yang lebih baik atau produk yang ditambah nilai. Contoh: Syampu untuk melurus, menghitam dan lain-lain.

Sokongan Kewangan Bagi Pembaharuan
Skim Jaminan Kredit
Pinjaman Dan Kemudahan Kredit MARA
Pinjaman Dan Kemudahan Kredit dari TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar
Pinjaman Dan Kemudahan Kredit Dari Bank-bank Perdagangan
Pinjaman daripada Bank-bank Saudagar Dan Syarikat-syarikat kewangan
Modal Usaha Niaga
Tabung Usahawan Baru (TUB)
Tabung Pemulihan Usahawan (TPU)
Dan Pelbagai tabung dalam bentuk kredit atau grant.

Prinsip Pembaharuan
Kesesuaian dengan masa
Persaingan dan tahan lama
Idea bebas dan tidak dihalang
Mampu dilakukan
Margin pelaburan berpatutan

PERANCANGAN PERNIAGAAN
Penilaian Persekitaran
Penyelidikan Pemasaran
Persediaan Kewangan
Perancangan Perniagaan


Penilaian Persekitaran
Penilaian persekitaran yang dimaksudkan disini ialah penilaian yang dilakukan ke atas semua elemen yang wujud di luar sesebuah perniagaan dan berinteraksi dengan perniagaan tersebut. Bagi tujuan merancang sesebuah perniagaan dengan baik keadaan persekitaran perlu difikirkan dengan teliti
Persekitaran perniagaan dibahagikan kepada dua komponen yang meliputi persekitaran tugas dan persekitaran umum

Penyelidikan Pemasaran
Penyelidikan pemasaran merupakan satu proses pengumpulan, pengrekodan, penganalisaan dan pelaporan data secara sistematik mengenai sesuatu isu syarikat berkaitan dengan aktiviti pemasaran barangan, perkhidmatan, tempat, insan dan idea. Ia meliputi isu-isu berkenaan pengeluaran produk, penawaran harga, pengedaran, gelagat pembelian pengguna dan aktiviti promosi yang dilakukan terhadap barangan dan perkhidmatan

Persediaan Kewangan
bermaksud terjemahan idea dalam bentuk wang
merupakan satu perancangan lengkap sehingga dianggap atau diandaikan berjaya
proforma Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan Rancangan Aliran Tunai disediakan

Membina Rancangan Perniagaan Yang Berkesan
Dokumen bertulis yang dirangka oleh usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan pada masa akan datang. Memperincikan tujuan sesuatu usaha penerokaan perniagaan dan juga menerangkan operasi dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.
Juga dikenali sebagai kertas kerja atau cadangan pinjaman.

0 comments: